Wednesday, April 18, 2012
Wednesday, May 4, 2011
4 perkara tentang diri saya ?
- anak keempat dalam keluarga
- sangat obses dengan kaler oren
- gila bag@handbag
- seorang yang simple dan kadang kadang gila
- nana dalam famili @ kawan2 yang rapat sahaja
- iz masa sekolah
- hani bila da masuk kolej
- orange kawan2 lelaki yang panggil
4 perkara baik aku buat hari ni
- bangun tidur lambat sikit
- tolong kemas rumah
- hangout dengan famili
- mengadap laptop buat entah apa2
4 tempat yang nak sangat pergi
- mekah,insyaALLAH
- paris
- pulau maldives*nak berbulan madu kat sini,HAHA
- new zealand
4 benda wajib bawa kalau keluar
- handphone
- tissue
- handbag(jangan terkejut kalau tengok dalam)
- telekung
4 perkara akhir sebelum join contest ini
- tengok tv
- makan goreng pisang
- keluar amik adik balik sekolah
- lipat baju
4 orang yang paling sayang dalam dunia
- ALLAH s.w.t
- papa,mama,diri sendiri
- abang2 dan adik2 perempuanku
- kawan kawan yang kenali diri ini
4 jenis ragam manusia yang aku jumpa hari ini
- kelakar
- yang tak faham bahasa
- cakap ta serupa bikin
- suka kucing
4 misi perlu dicapai tahun ini
- habiskan diploma
- habiskan latihan industri
- cari duit lebih
- nak duit raya lebih tahun ni*hehehe kalaulaa dapat lagi !
4 tabiat buruk
- suka gigit kuku,hehe
- kadang kadang macam sengal sikit
- agak cuai sikit
- entahlaa
4 perkara saya fobia
- dengan lipas dan seangkatan dengannya.
- tadelaa
- seyes tade lagi
- maaf,
4 sebab join contest ini
- disuruh makcik leha
- terpaksa,hahaha
- nak isi masa lapang
- saja nak tambah entry,haha
tagged orang lain
- awak
- kamu
- dia
- kau
- dan kamu-kamu semua sesiapa yang berminat :)
*dah siap siti zaleha . haha
Monday, April 25, 2011
angan angan merangkap impian
assalamualaikum kepada pembaca pembaca dan pengemar blog,
angan angan dan impian..
mesti semua orang di dunia ni ada angan dan impian masing masing
cuma kita sendiri ta tahu semua tu akan tercapai atau tak,
tapi insyaALLAH benda tu semua dapat dicapai kalau usaha kita lebih dalam mengerakkannya.
macam aku sendiri,aku ada angan,dan aku harap angan aku ni boleh menjadi impian aku yang aku boleh kecapi dalam hidup aku..
korang nak tahu apa impian aku,,
okay,pertama sekali aku nak bagitahu yang aku ada 2impian :
*nak pegi kerjakan umrah dan haji
*nak beli helikopter peribadi
yang kedua pulak,
aku nak huraikan dengan lebih panjang lagi tentang impian aku ni.
insyaALLAH, kalau aku dah kerja nanti,dah ada duit lebih
aku nak bawak mama dan papa pergi kerjakan haji.
saja nak guna duit sendiri,dari membazir entah ke mana.
dan itu salah satu benda yang aku nak buat dalam hidup aku sejak aku kecik lagi.
aku tahu itu memang menjadi salah satu perkara wajib bagi umat Islam yang mampu,
dan aku harap sangat aku dapat menjadi salah seorang umat Islam yang dapat beribadah disana.AMIN.
angan angan merangkap impian aku yang kedua pulak.
macam yang korang baca kat atas,
aku nak beli helikopter peribadi aku sendiri
waaahhh! angan angan tanak tinggi pulak kan,
tulaa pasal,tapi aku ta tahu kenapa aku suka sangat helikopter.
macam seronok!
tapi nak beli helikopter ni bukannya murah,mahal gila!
berjuta juta.
aku pernah tanya papa aku bape harga benda alah terbang ni,
papa aku ketawa,
aku pun konfius.
jawapan dari papa aku.
"mahal nak"
aku diam.
dan dari situ aku bercita cita nak beli helikopter.
walaupun aku tahu harga benda alah tu memang mahal gila!
tapi tu tidak mematahkan semangat aku
manalaa tahu kan satu hari nanti aku boleh jadi kaya kan?
kita ta tahu nasib kita
macam facebook punya owner
dalam sekelip mata bole jadi kaya
hanya sebab FACEBOOK.
dan dapatlaa angan angan aku jadi kenyataan.
disini aku sertakan sedikit tentang helikopter peribadi :
Helikopter pertama yang saya bahas adalah helikopter yang tergolong kecil. Harga helikopter ini adalah 6 juta USD hingga 10 juta USD, atau 55,56 milyar Rupiah hingga 92,59 milyar Rupiah. Kisaran harga ini tergantung pada spesifikasi dan modifikasi yang diminta oleh pembeli. Jumlah penumpang yang bisa diangkut berkisar antara 4 hingga 6 penumpang.
Helikopter yang ada didalam gambar ini berjuluk Hermes ini adalah helikopter buatan Eropa, dengan seri produk EC-135 dan bekerja sama dengan sebuah perusahaan yang mengkhususkan diri pada produk-produk mewah.
okay,sampai disini saja entry untuk kali ini,harap korang semua enjoy dengan membaca ni. :)
sekian,terima kasih.
*sometimes we need apart away ourself from annoying person,so that our life will become more better and joyful.
Thursday, April 21, 2011
masa
asslamualaikum,hye readers..
masa cepat berlalu kan,3 tahun aku belajar.dan aku baru sedar aku dah last sem.
itupun terlambat sikit habis sebab ada berlaku sedikit masalah.haha
masa berlalu sangat pantas dalam hidup harian kita
hefon aku yang aku rasa macam baru je pakai tu
dan sekarang dahhh hancus dilenyek,
rupanya sedar ta sedar dah berumur 3 bulan.
haiiiisy!
itupun aku sedar lepas aku merenung nasib
kenapalaaa hefon yang aku pakai semua ta bole tahan lama.sedih betul.
okay,ceritanya disini.aku nak bagitahu yang aku daa habis belajar ! yeaaahh !
sekarang tengah tunggu final then FINISH!
tapi lepas ni pratikal pulak.
lambat lambat.haha
tulaa mama dah pesan belajar betul betul jangan main main
jangan nak merayap jeeee.
itulaa padahnya kalau ta dengar cakap mak.
inilaa yang jadi sekarang.
alhamdulillah result aku taklaa teruk mana
masih lagi boleh diterima.
seriously, aku dah lama tunggu saat ni,
saat yang bahagia
bila aku dapat habiskan diploma
haha mengelabah gila baru diploma jee kot
tu mungkin apa yang orang cakap
tapi bagi aku,tu satu anugerah yang bernilai untuk aku,
kalau ada rezeki aku nak sambung belajar sampai dapat PHD.
INSYAALLAH.
perjalanan masih jauh lagi.
sekarang ni fokus apa yang ada depan mata okay !
*sometimes life is hard to face it,then we think better living in fantasy world
but sometimes people also not realize life is BEAUTIFUL thing that we ever met*
Monday, April 18, 2011
manusia
hye readers,
untuk post kali ni aku nak share pasal diri manusia ni
aku konfius gilaaaa laaa!
macam macam perangai ada
entahlaaa aku bukan perfect sangat kan nak kutuk orang.
masalahnya aku cukup annoying dengan orang yang tak reti nak berbahasa ni
benda depan mata berlaku
macam tade perasaan nak buat sesuatu
padahal ada kaitan dengan diri dia jugak
serius ! aku betul betul tak faham dan tak bole terima okay !
tapi aku malas nak banyak bunyi kan
kalau banyak bunyi lain pula jadinya . hidup hidup
is it hard to say words 'terima kasih'
come onlaa !! people !
please awake !
simple words kot !
dari sekolah daa dididik dengan perkataan tu
aku rasa
mungkin dia ta macam tu kot.
tak dibiasakan.
okay sampai sini saja post untuk kali ni.
selamat tinggal ! enjoy ur life !
penat dan cemas
hye all readers ,
hope hari ni adalah hari yang lancar dan terbaik untuk korang sume.
untuk aku pulak, kurang lancar dan terbaik sepanjang perjalanan aku nak balik bangi
hah ! memang memenatkan dan mencemaskan !
nak dijadikan cerita hari ahad adalah hari untuk aku balik bangi dari jb.
okay kebiasaanya aku balik naik bus plusliner around pukul 2.30-3.30ptg ,
disebabkan kelewatan membeli tiket pada masa itu, plusliner yang tinggal pukul 5ptg
kalau beli memang ta sempatlaa kan nak kejar ktm .
so kawan aku belilaa tiket bus lain jam 2.30ptg.
okay tu aku ta kisahlaa kan,bus lain pun tape asal sampai bangi dengan selamat.
tunggu punya tunggu, serius memang lambat nak mampus nak dekat 3.30ptg baru sampai
apa ntah!
dah naik dalam bus pulak,seat dia bole tahanlaa besar kan
tapi aircond yang ta bape nak kuat,memang ta best
okay,kebetulan pulak aku dapat duduk sebelah pintu kecemasan.
apa yang aku tak suka sangat dan rasa macam nak saman bus tu
sebab ada ke patut pintu kecemasan bas tu ta rapat!
tak patut betul ! aku duduk sebelah tu bole rasa angin luar masuk okay !
sangat membahayakan penumpang. tade safety langsung!
dahlaaa aku duduk dalam bas tu macam duduk kat kerusi urut
bergegar sana sini ! teruk betul ! gegaran di tahap kritikal
masa tu rasa macam nak blaaa je dari bas ! sumpah !
dahlaaa bayar mahal pulak tu , itu ta kisahlaa sangat
masalahnya servis ta bagus betul! buat sakit hati jee.
tapi,alhamdulillah aku sampai dengan selamat di seremban.:)
sambung cerita disini,
daa sampai seremban aku dan kawan pun terus beli tiket ktm ke ukm
dan dari ukm biasanya aku amik teksi pergi rumah,
daa beli tiket tu,tiba tiba abang kaunter cakap tunggu bas kat sana sambil tunjuk jari dia ke arah tersebut,
so yang aku ni dah macam blur blur,apahal pulak abang ni suruh pergi naik bas kan.
musykil musykil.
then buat dono jee terus pergi kat tempat tunggu train,
yang peliknya semua orang pergi ke tempat tunggu bas tu
then kitaorang pun pergi kaunter,nampaklaa satu notis yang kena naik dari labu
sebab kat seremban tengah nak repair kabel.
dah laa ramai orang,then kena naik bas confirm sesak kan
labu tu pun kitaorang ta tahu bape jauh km.
nasib baik ada teksi,so naiklaa teksi kena charge rm20.
mula mula ingat mahal,kitaorang pun naik dengan seorang penumpang lelaki
teksi pun mula kan perjalanannya,jalan jalan punya jalan
tiba tiba macam lalu satu kawasan kampung ,
rasa pelik datang tiba tiba
betul ke laluan dia ni,
memang seram,dahlaa gelap
dalam hati aku tak putus2 berzikir supaya dilindungi perjalanan kami olehNYA
macam ta nampak tanda2 ada stesen keretapi kat labu ,
rm20 yang dia charge tu macam ta setimpal je dengan jarak laluan ke labu tu
memang jauh,kawasan kampung pulak tu
apa apa pun bersyukur dapat jimat duit. :)
dah nampak ktm tu rasa lega sangat.selamat.
sambungan terakhir disini, ini yang terakhir jangan risau .
dalam ktm pulak,
duduk dalam tu tunggu rombongan bas yang lain lambatlaa jugak
dah buang masa kat situ,
ingat nak sampai rumah awal
tapi apakan daya
kemuncak cerita aku ni
kat part ni,baca betul2 yee
tengah syok2 train tu bergerak tiba tiba lampu gelap ,
then terang balik
bila daa terang tu,train tu pulak yang berhenti kat tengah2 landasan
rupanya ada masalah teknikal
ingatkan sekejap , tapi lamanya kat sana hanya aku dan ALLAH yang tahu
dan termasuk penumpang yang lain
dia cakap tunggu bantuan dari orang
tapi lambat gila!
orang dalam train masing2 dah kepanasan,rimas sebab tade udara.
dah lama sikit baru dia bukak pintu.
kesian kat orang yang tade seat.dah kena duduk bersila kat bawah
dah macam apa daaah.kesian,panas lagi.
kitaorang stuck dalam train tu ada laaa dalam satu jam.lama gila !
barulaa dapat bantuan.then patah balik ke batang benar tunggu train kat sana.
kat sana pun lama jugak tunggu train datang, apa pasal entah train malam tadi semua lambat!
buat penat orang je!
last last sampai kat runah pukul 10lebih malam.
sepatutnya pukul 8lebih daa boleh sampai rumah,tapi disebabkan hal yang malang tak berbau ni
semua daaa jadi lain,
tapi,apa apa pun aku bersyukur sangat
tiada yang serius berlaku
dan aku sampai di rumah dengan selamat! ALHAMDULILLAH
*apa yang aku cuba sampaikan disini,tak semestinya hari hari kita sentiasa indah,kadang kadang ada juga buruknya,dan ini semua ketentuan ALLAH,mungkin ada hikmah sebalik benda ni berlaku,dan akhir sekali peribahasa dari aku 'malang tu tak berbau'. jadi sentiasalaa berhati hati okay !
Sunday, April 17, 2011
entah apa apa
hye there,
tiba tiba aku rasa macam kelakar pulak bila baca blog aku balik
ta macam poyo pulak kan citer pasal cinta2 ni.
haha
entahlaaa . aku saja nak tulis kat blog aku ni
blog aku ni kira macam diari aku laaa , maybe.
mungkin masa tu perasaan aku ta betul kot, mereng sikit
apa apa pun bukan laa benda tu yang aku utamakan dalam hidup aku,
apa yang aku fikir sekarang, aku punya study,future and my life future
family,family and family.
sebab mereka orang yang paling penting dalam hidup aku
tak kira apa yang terjadi ! :)
Subscribe to:
Posts (Atom)





